Wednesday, December 30, 2009

Kelebihannya bekerja dengan sektor awam

Banyak kelebihannya bekerja dengan sektor awam dan disebabkan kelebihan-kelebihan inilah mengapa begitu ramai orang memohon jawatan kosong yang diiklankan di sektor awam. Antara kelebihan-kelebihan yang anda dapat sebagai seorang penjawat awam ialah:

1.Elaun perumahan
==================
Ya, anda dapat elaun perumahan pada setiap bulan. Usah risau lagi untuk membayar sewa bulanan rumah anda kerana elaun ini sudah pasti akan membantu.

2.Cost of living allowance (COLA)
==================================
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Tahukah anda bahawa COLA ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja?

3.Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
====================================
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

4. Kenaikan gaji setiap tahun
================================
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

5. Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
============================================
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

6. Cuti tahunan mengikut kelayakan
=====================================
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

7. Cuti bersalin
=================
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan!

8. Pinjaman perumahan
========================
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

9. Caruman KWSP atau pencen
============================
Anda pilih mana anda suka. Nak KWSP ke pencen ke? Kedua - duanya ada kelebihan tersendiri. Jadi, usah risau akan masa depan anda lagi..

10. Bersara pada umur 58 tahun
===================================
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu?

11. Peluang kenaikan pangkat
==============================
Siapa taknak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Kiranya anda jadi bos la ni..

12. Peluang melanjutkan pelajaran
==================================
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan.

13.Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
============================================
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

14. Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
========================================
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya


Wah! Begitu banyak kelebihan sekiranya kita bekerja dengan kerajaan ini. Akan tetapi adakah mudah untuk anda berjaya mendapat kerja kerajaan ini.

Sebelum itu, temuduga kerja kerajaan anda perlu lalui dahulu. Mungkin ini panduan khas yang dapat membantu anda.

Ebook ini dipakejkan mengikut modul-modul khas iaitu:

"Pakej Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan"

Modul #1: Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan

Modul #2: Rahsia Teknik Menjawab Soalan Temuduga Kerja Kerajaan

Modul #3: Contoh Soalan dan Skema Jawapan temuduga Kerja Kerajaan

Modul #4: Rahsia Kejayaan dan Kegagalan Calon Temuduga Kerja Kerajaan

Modul #5: Rahsia Penulisan Resume Temuduga Kerja Kerajaan

Dan terdapat 5 bonus untuk anda

Dapatkan sekarang sebagai persediaan anda menghadapi temuduga:

Cadangan keahlian terus BN perlu perbincangan terperinci

KOTA KINABALU 29 Dis. - Cadangan membuka keahlian terus Barisan Nasional (BN) tanpa bersandarkan kepada parti-parti komponen perlu dikaji secara terperinci sebelum dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat hendaklah diteliti dan dibincangkan bersama semua parti komponen BN bagi memastikan ia tidak memberi kesan negatif pada masa akan datang.

"Ini bukan perkara baru, sudah disebut-sebut sebelum ini dan pernah kita bincang tetapi kita belum buat satu keputusan secara rasmi.

"Biarlah saya runding dengan parti-parti komponen BN di peringkat Majlis Tertinggi terlebih dahulu, mengkaji pro dan kontra, buruk dan baik serta kaedah sekiranya kita nak buat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Perwakilan Tahunan ke-14 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan BN mewujudkan sistem keahlian terus yang dibuka kepada orang perseorangan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa bersandarkan kepada parti-parti komponen.

Rais berkata, idea itu jika berhasil direalisasikan bakal memastikan BN bergerak cergas dianggotai semua individu di samping mampu menipiskan ras perkauman dalam sektor tertentu.

Menurut Perdana Menteri, dalam melaksanakan cadangan berkenaan, kaedah terbaik harus dicari terlebih dahulu bagi memastikan ia tidak menimbulkan masalah lain kepada BN.

Mengulas mengenai ketidakhadiran Ahli Parlimen di Dewan Rakyat baru-baru ini, Najib berkata, kawalan dan pemantauan lebih ketat akan dilakukan bagi memastikan ia tidak berulang.

"Apa yang telah berlaku ini mesti dijadikan pengajaran dan sempadan bagi kita supaya tidak berulang, kita mesti tunjuk kepada rakyat bahawa kita adalah wakil rakyat yang bertanggungjawab mendokong amanah rakyat dan salah satunya adalah menghadiri sidang Parlimen.

"Saya faham ada ketikanya kita terpaksa hadir urusan di luar Parlimen waktu bersidang tetapi kita akan tetapkan kalau mereka perlu hadir ke luar atas keperluan yang sangat mendesak, mereka perlu memaklumkan kepada pejabat ketua whip," katanya.

Ditanya mengenai cadangan beberapa tokoh akademik supaya menjadikan rekod kehadiran ke Parlimen sebagai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam menilai kedudukan mereka, Najib berkata, beliau akan menentukannya nanti.

"Tak apa lah, itu pada sayalah.. nanti sampai masa nak pilih calon nanti saya tahulah," ujarnya.

Thursday, December 24, 2009

GEMPAR! Wan Azizah TAK Yakin Bila Anwar Berdua-duan Dengan Lelaki Lain Dalam Rumah


Buku Ini Bakal Talkinkan Anwar..??

Senaskah buku yang mempunyai 550 mukasurat berjudul
“Malaysia WITHOUT Malays” bakal menemui rakyat Malaysia tidak lama lagi…

Buku yang ditulis oleh seorang penulis buku fofular, Syed Hussein Al Attas atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Habib.

Sejarah membuktikan bahawa air tangan Pak Habib ini pernah mengkuburkan karier politik dua orang tokoh sebelum ini.

Pada tahun 1987 apabila buku yang diterbitkan oleh Pak Habib berjudul “Challenger” – Siapa Lawan Siapa telah membenamkan karier politik Musa Hitam ketika itu. Sepuluh tahun selepas itu tiba giliran bekas MB Selangor pula apabila ada sebuah buku Pak Habib bertajuk “The Five Hundred Million Dollar Man” telah memusnahkan perjalanan politik Tan Sri Muhammad Taib.

Apa yang menarik dalam buku terbaru Pak Habib kali ini beliau kelihatan lebih yakin bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang PELIWAT. Malah pada tahun 2008 Pak Habib sudah pun menerbitkan sebuah buku beliau bertajuk “SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI”. Tetapi agak pelik juga apabila ramai tidak menyedari penjualan buku tersebut sedangkan menurut Pak Habib buku tersebut Sold Out seperti goreng pisang panas…! Disini timbul tanda tanya siapakah yang “memborong” buku buku tersebut..??? Apakah telah berlaku satu Modus Operandi dari skuad penjilat Anwar ketika itu untuk menyapu bersih buku buku tersebut dari toko toko buku agar rakyat tidak berpeluang untuk memilikinya..???

Secara eksklusif dimuka belakang buku ini sepertimana gambarnya disiarkan pada posting ini, Pak Habib telah membuat satu Quote berkaitan Anwar “Anwar’s con exposed”

Al Attas : “ada seseorang beritahu saya Wan Azizah telefon awak dari Washington DC untuk pergi check on Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumah, see if Anwar is up to something, is it true..?’

Ezam : “Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan Pak Habib tadi..”

Selepas pertemuan dengan Ezam itu muncul persoalan ini dalam fikiran saya, kenapakah Wan Azizah tetap pertahankan suaminya sedangkan dia dah ragu ragu tingkah laku suaminya itu? Masih adakah Islam dalam diri Anwar..? Melayukah Anwar..? Masih adakah Melayu dalam SATU Malaysia jika Anwar menjadi Perdana Menteri..? Lu fikirlah… - Pak Habib

Medan Info Kita - Setelah membaca buku ini, Blogmaster yakin bahawa Anwar Ibrahim sudah pasti akan sesak nafas menjelang perbicaraan kes liwat beliau nanti. Cuma yang dikhuatirkan apakah akan berulang lagi Modus Operandi seperti yang berlaku sewaktu Pak Habib terbitkan bukunya sebelum ini “SODOMI, BONTUTI, AL-LIWATI”..?? Maksudya disini ialah buku habis dijual, Sold Out tetapi ramai yang tidak memilikinya…., apakah Anwar akan mengupah barua baruanya untuk “memborong” buku ini..?? Anwar sememangnya “mampu” untuk membelanjakan apa saja….

Segeralah dapatkan senaskah buku ini apabila ianya mula dijual nanti…!

Wednesday, December 23, 2009

Teguran Yusuf Al-Qadawi Kepada Anwar Ibrahim ?

Dr Novandri Hasan Basri


Yusuf Al-Qadawi ialah penyokong setia parti PAS? Yusuf Al-Qadawi memuji Anwar Ibrahim?

Soalan-soalan di atas sedang hangat dibincangkan di dalam FaceBook. Tetapi penulis bersetuju dengan kebanyakan komentar-komentar yang secara rasionalnya tidak bersetuju dengan soalan-soalan di atas.

1. Yusuf Al-Qadawi melawat negara Malaysia sebagai seorang ulama terbilang. Beliau bukannya seorang ulama@ahli politik. Makanya, pemikiran dan pegangan beliau bersih dan tidak pernah berubah mengikut sesuaian iklim politik ketika itu.

Beliau tidak perlu mengorbankan prinsip beliau untuk bersekongkol dengan orang-orang atau organisasi yang berlainan dengan prinsip beliau.

Mungkin kerana itu juga beliau mampu menjadi seorang ulama yang dikenali serta dikagumi oleh orang Islam tidak kira ideologi politik mereka.

Maka, malulah mereka yang membuat cerita bahawa kononnya Yusuf Al-Qadawi adalah penyokong setia parti PAS!

Yusuf Al-Qadawi juga telah menulis banyak buku ilmiah serta mendalaminya kerana beliau memfokuskan tenaga dan usaha beliau untuk memenuhi pengiktirafan beliau sebagai seorang Ulama dan tidak mencampurkan tanggungjwab mulia tersebut dengan hal-hal politik.



2. Jika kita merujuk blog Anwar Ibrahim :-

Ilmuan Islam asal Mesir itu mengingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan “orang munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam.”

Saya malahan terharu apabila beliau menyebut nama saya, ditambah dengan perkataan “al-muftara alaih” – yang sedang difitnah.- Anwar Ibrahim.

Sekarang barulah kita tahu bahawa Ulama terbilang Al-Qardawi telah menyebut nama Anwar Ibrahim apabila ulama tersebut mengatakan
'munafik yang sentiasa menyebarkan fitnah dalam masyarakat Islam'.

Kenyataan ulama tersebut semestinya juga ditujukan secara tidak langsung kepada Anwar Ibrahim agar beliau tidak munafik juga.

Tetapi sebagai seorang ulama yang tidak bias, Yusuf Al-Qadawi juga menunjukkan simpati beliau terhadap Anwar Ibrahim dgn 'perkataan al-muftara alaih' walau pun kita semua tahu bahawa berita yang sampai ke telinga Yusuf Al-Qadawi adalah berat sebelah dan berpihak kepada satu orang sahaja.

Maklumlah, kita biasanya tidak mahu menceritakan hal negara kepada orang lain tidak seperti Anwar Ibrahim.

Sunday, December 20, 2009

PKR MAKIN PARAH:LAGI AHLI PKR KELUAR PARTI



Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN), semalam.

Perisytiharan keluar PKR itu diketuai bekas Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro dalam satu majlis ringkas di Ijok.

Sebagai simbolik, Azmi dan beberapa bekas pemimpin PKR di DUN itu mencampakkan bendera dan baju tertera huruf `PKR’ ke dalam bakul sampah, sekali gus menyaksikan PKR DUN Ijok dibubarkan.

Azmi berkata, mereka membuat keputusan itu sempena semangat Maal Hijrah atas rasa penuh insaf untuk kembali ke pangkal jalan dan menentukan kemenangan mutlak BN pada PRU akan datang dan selepas menyedari tertipu dengan janji manis pemimpin PKR yang mengutamakan kepentingan peribadi.

"Saya masih ingat ucapan pertama Abdul Khalid selepas menang PRU dulu ialah untuk menjadikan Ijok maju seperti Klang tetapi selepas dua tahun memerintah, tiada apa pun perubahan. Kita sudah bagi masa yang cukup untuk kerajaan negeri mengubah Ijok tetapi ia tidak berlaku.

“Pengundi DUN Ijok perlu sedar perkara ini. Kita perlu tentukan pada pilihan raya akan datang BN kembali berkuasa di Ijok," katanya sambil turut mempersoalkan tindakan Abdul Khalid melantik pemimpin dari luar daerah itu menjadi wakilnya di Ijok.

Katanya, selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, Menteri Besar juga berjanji akan turun melawat DUN berkenaan seminggu sekali, tetapi ia juga tidak ditunaikan.

Sambil menyuarakan rasa kagum dengan sikap Noh yang melayan ahli PKR dengan baik walaupun tidak mengenali mereka, Azmi mengajak lebih ramai ahli PKR keluar parti itu untuk menyertai BN.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau masih mengingati Azmi kerana bekas pemimpin akar umbi PKR itu menahan kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melawat kawasan mengundi pada pilihan raya kecil Ijok.

Katanya, beliau gembira kerana Azmi dan ramai yang mengundi PKR pada pilihan raya umum lalu kini sudah kembali menyertai BN.

"Saya bagi pihak BN Selangor berterima kasih kepada Azmi dan rakannya. DUN Ijok kubu BN tetapi pada PRU lalu, nampaknya pengundi terpengaruh dengan janji manis PKR," katanya.

Friday, December 18, 2009

Elektrik percuma bawah RM20 dilanjut Disember 2010

KUALA LUMPUR 17 Dis. - Berita baik untuk rakyat berpendapatan rendah apabila kerajaan bersetuju melanjutkan program pengecualian pembayaran bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah untuk tempoh setahun lagi iaitu sehingga Disember 2010.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, secara purata seramai 1.05 juta pengguna domestik yang kini menikmati pengecualian itu setiap bulan terus menerima manfaat.

Jelasnya, program itu sepatutnya tamat pada hujung bulan ini, namun disebabkan kedudukan ekonomi yang belum pulih selain keprihatinan kerajaan terhadap rakyat berpendapatan rendah, ia dilanjutkan setahun lagi.

''Program ini telah diperkenalkan pada Oktober 2008 iaitu semasa pembentangan Bajet 2009,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Parlimen, hari ini.

Menurutnya, sejak program itu diperkenalkan kerajaan telah menanggung kos purata sebanyak RM11.95 juta setiap bulan.

''Sehingga September tahun ini, sebanyak RM143.4 juta telah dibayar oleh kerajaan untuk menampung kos pengecualian bil ini.

''Dengan persetujuan kerajaan melanjutkan program ini, ia bermakna kerajaan akan menanggung sejumlah kos tambahan iaitu sebanyak RM143 juta lagi," katanya.

Thursday, December 17, 2009

MYSTERY: Backbencher yang tak hadhir malam Dis 14



Kalau tidak pasal 7 Menteri, 20 Timbalan, dan 39 Backbencher, bujet 2010 boleh ditolak Parlimen. 66 yang hadhir untuk membolehkan majoriti 3 meluluskan bujet 2010. Hingga 2 orang Penolong Speaker terpaksa mengundi serta.

Kita boleh faham jika Menteri atau Timbalan Menteri tidak hadhir. Kenapa pula sampai 41 orang Backbencher tidak hadhir. Akhirnya terpaksa PM, dan TPM lari untuk hadhir.

Menurut Agendadaily, 41 'mangkuk-mangkuk' Backbencher yang tidak hadhir adalah berikut:

Mereka ialah Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fakri Kuala Nerus), Datuk Abdul Manan Ismail (Paya Besar), Datuk Paduka Abu Bakar Taib (Langkawi), Salleh Kalbi (Silam), Datuk Abd Rahman Dahlan (Kota Belud), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Yussof Mahal (Labuan), Datuk Abd Rahman Bakri (Sabak Bernam), Datuk Lillah Yasin (Jempol), Datuk Raime Unggi (Tenom), Ding Kuong Hiing (Sarikei), Hasbi Habibollah (Limbang), Sairingan Gubat (Ranau).

Mohd Nizar Zakaria (Parit), Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Sapawi Ahmad (Sipitang), Liang Teck Meng (Simpang Renggam), Chua Tee Yong (Labis), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Datuk Wira Ahmad Hamzah (Jasin), Matulidi Jusoh (Dungun), Datuk Mohamed Aziz (Sri Gading), Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed (Sepang), Datuk Shahrir Abdul Samad (Johor Bahru).

Datuk Ismail Abd Mutalib (Maran), Ir Hamim Samuri (Ledang), Datuk Baharum Mohamed (Sekijang), Datuk Dr Abdullah Md Zin (Besut), Datuk Ismail Kasim (Arau), William@Nyallau Badak (Lubok Antu), Datuk Ismail Mohamed Said (Kuala Krau), Datuk Halimah Sadidque (Tenggara), Datuk Mohd Jidin Shafee (Setiu), Datuk Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong).
Kalau sudah tak mahu hadhir, usahlah jadi MP lagi. Baik, Najib gugurkan saja di PRU akan datang

Bekas Pegawai Khas Anwar Ibrahim Beri Keterangan Pada SPRM

PUTRAJAYA, 16 Dis - Bekas setiausaha politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Annuar Shaari memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan polis mengenai pemilikan saham jutaan ringgit oleh Naib Presiden PKR dan isteri, yang dibuatnya pada 17 Nov lepas.
"Saya harap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus dan adil terutama pada kesahihan dan ketulenan dokumen pemilikan saham itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas memberi keterangan selama dua setengah jam kepada pegawai SPRM.

"Kesemua dokumen itu perlu disiasat kesahihan dan ketulenannya untuk menentukan hala tuju siasatan. Saya tidak ada sebarang niat untuk menilai atau menjatuhkan hukuman kepada sesiapa dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.

Annuar berkata SPRM memintanya supaya bersedia untuk dipanggil pada bila-bila masa sekiranya perlu selepas ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anuar yang meninggalkan PKR pada 27 Mac 2007 berkata, Azmin perlu memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sekiranya ingin membersihkan nama beliau yang mungkin terjejas berikutan kes ini.

"Merujuk kepada kenyataan Azmin yang mahu menyaman saya, saya serahkan pada beliau kerana negara ini negara demokrasi. Beliau boleh buat apa sahaja cuma saya ingin berpesan, kalau beliau mahukan keadilan, tolong beri kerjasama kepada SPRM dan datang ke mahkamah apabila diarahkan, jangan tak datang dan tangguhkan kes," katanya.

Tuesday, December 15, 2009

Kerajaan dirayu timbang nasib 60,000 kakitangan kontrak

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sudah menerima aduan daripada kakitangan kontrak yang bakal ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini, antaranya Kementerian Pelajaran, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri dan Jabatan Pertanian.

Presidennya, Omar Osman berkata, Cuepacs menerima aduan hampir setiap hari berhubung kebimbangan kakitangan kontrak yang tidak disambung perkhidmatan itu dan kebanyakan mereka kini semakin tertekan dan terhimpit dengan keadaan tidak pasti berkenaan. :

“Setakat ini sahaja, kami terima aduan daripada kira-kira 200 pekerja kontrak Majlis Tindakan Pelancongan Negeri... atas alasan bajet tidak mencukupi, dan kami anggarkan jumlah itu akan meningkat.

“Cuepacs merayu kerajaan mempertimbangkan semula rancangan menamatkan perkhidmatan kakitangan terbabit demi masa depan mereka,” katanya kepada media selepas menutup Kursus Bola Tampar Peringkat Negeri Selangor di sini, semalam.:

Omar berkata, kebanyakan pekerja kontrak adalah golongan muda berusia antara 25 hingga 30 tahun dan sudah berumah tangga.

“Pekerja kontrak yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tidak menghadapi masalah kontrak mereka dilanjutkan,” katanya yang menambah terdapat kira-kira 60,000 kakitangan awam kontrak di negara ini.

Sementara itu, Omar meminta kerajaan menangguhkan tarikh peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bulan ini sebab mendapati ramai tidak lulus peperiksaan tersebut.

“Kalau boleh, kami minta kerajaan menilai semula pelaksanaan PTK ini,” katanya.

- BERNAMA

KERAJAAN BARISAN NASIONAL HAMPIR "TUMBANG" SEMALAM!


Jika lebih setahun lalu, cubaan pakatan pembangkang melalui usaha pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk ‘menggulingkan’ kerajaan dibuat secara pujukan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti gagal, usaha dan hasrat tersebut sebenarnya tidak pernah padam.

Cumanya kali ini ia dibuat melalui cara yang lebih demokratik iaitu dengan berusaha menggagalkan bajet yang telah dibentangkan oleh kerajaan. Mengikut amalan berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh kerajaan tidak diluluskan, ia bererti kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Itulah aturan mainnya.

Perkara tersebut hampir menjadi kenyataan Isnin malam apabila perbahasan peringkat jawatankuasa untuk bajet setiap kementerian selesai dibahaskan. Terakhir bajet yang diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Setelah selesai dibahas dan digulung oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia seperti amalan biasa akan meminta suara ahli yang bersetuju atau menolak.

Namun menyedari kehadiran Ahli Dewan Rakyat kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang selalu tidak penuh, Ahli Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng telah bangun dan meminta agar undi belah bahagian dibuat. Undi belah bahagian bermaksud setiap ahli yang ada di dalam Dewan Rakyat akan dikira undinya dan bukan sekadar laungan suara bersetuju atau tidak.

Timbul sedikit suasana panik di pihak BN bila cadangan undi belah bahagian diminta kerana jumlah Ahli Dewan Rakyat pembangkang kelihatan begitu ramai dan Anwar sendiri turut hadir sehingga lewat malam.

Setelah loceng panggilan dibunyikan selama dua minit, pengundian dijalankan yang menyaksikan keputusannya 64 suara menyokong bajet untuk KDN diluluskan manakala 63 menolak.

Menariknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir lewat malam bagi memastikan undi BN mengatasi undi pembangkang.

Setelah itu berlaku pertikaman lidah
yang mempertikaikan keputusan undian tetapi Speaker berjaya menteteramkan keadaan.

Panik tidak terhenti setakat itu kerana setelah urusan perbahasan peringkat jawatankuasa selesai, Dewan Rakyat harus mengundi sekali lagi bagi bacaan kali ketiga untuk meluluskan keseluruahn bajet berkenaan.

Sekali lagi pihak pembangkang melalui Ahli Parlimen DAP Ipoh Barat, M.Kulasegaran meminta agar undi belah bahagian dijalankan.

Dalam masa itu beberapa orang Ahli Dewan Rakyat sampai dan menjadikan 66 menyokong bajet 2010 diluluskan manakala yang menolak kekal 63 undi.

Menariknya drama lewat malam itu ialah mengenai masa depan kerajaan. Berdasarkan amalan, jika bajet tidak diluluskan, dalam bahasa mudahnya, kerajaan sedia ada dianggap telah tumbang dan diganti dengan kerajaan baru.

Melihat betapa besarnya kesan pengundian kepada bajet, maka tidak hairanlah Anwar yang jarang berada di Parlimen hingga lewat malam, kali ini sanggup memastikan seramai mungkin Ahli Dewan Rakyat pembangkang tetap berada di Dewan itu.

Conggaknya mudah sahaja kerana, daripada 137 Ahli Dewan Rakyat BN, 25 adalah Menteri (semua Menteri 30 orang termasuk lima Senator yang merupakan Ahli Dewan Negara dan tidak boleh mengambil bahagian dalam pengundi di Dewan Rakyat), 33 Timbalan Menteri daripada 40 semuanya termasuk tujuh Senator menjadikan jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang menjadi penyokong seramai 79 orang.

Daripada jumlah tersebut, Menteri dan Timbalan ada yang mempunyai urusan rasmi kerajaan dan tidak boleh hadir ke Dewan Rakyat. Daripada 79 orang penyokong kerajaan, ada yang mempunyai urusan atau sudah berada di luar Dewan.

Senario ini sering menyaksikan kehadiran kadang kala tidak mencecah 50 orang di pihak BN.

Sedangkan pembangkang mempunyai 82 ahli dan Bebas tiga orang.

Berdasarkan pemantauan dan conggak tersebut, pihak pembangkang mungkin membuat andaian mengikut beberapa pengundian yang dibuat sebelum ini, jumlah Ahli Dewan Rakyat BN yang berada di Dewan kadang kala hampir sama jumlahnya dengan Ahli Dewan Rakyat pakatan pembangkang.

Mungkin atas perkiraan ini, Anwar melihat pengundian lewat malam di Dewan Rakyat merupakan peluang untuk ‘menggulingkan’ kerajaan secara lebih demokratik.

Melihat kepada situasi ini, BN tidak boleh sentiasa merasa selesa kerana setiap peluang yang ada pasti akan diintai oleh pakatan pembangkang.

Apakah selepas ini BN akan lebih serius berhadapan dengan pembangkang di Dewan Rakyat kerana Perdana Menteri dan Timbalannya yang merupakan Ketua Whip BN dapat menyaksikan sendiri bagaimana kelebihan tiga undi yang meluluskan Bajet 2010 telah berjaya menyelamatkan hayat kerajaan BN.

Malah menukar mesyuarat kabinet pada hari Jumaat semasa sidang Dewan Rakyat daripada semangatnya ialah bagi membolehkan Menteri dan Timbalannya sentiasa berada di Parlimen.

Begitu juga halnya dengan wakil rakyat yang menjadi penyokong, kehadiran tidak boleh diambil mudah.

Moga mereka belajar dan sedar kerana landskap politik dan Dewan Rakyat telah berubah.....

Monday, December 14, 2009

PRESTASI PEMIMPIN PKR !


Dari PKR. Pemimpinnya tidak layak untuk dinilai KPI pun. Peringkat sekolah menengah rendah pun tak layak. Mereka ini layak di nilai sebagai pemain boa sepak di peringkat kampung sahaja bagi merebut Piala Wakil Rakyat setempat dan di hadiah dengan piala burung terkukor sahaja ( piala 6 tingkat ). Di Mulakan dengan :............

2. DSAI : Suka sondol belakang dan selalu suka guna tangan tuhan macam maradona ( main kotor tapi tak nampak ). Buang padang.

3. Tan Sri Khalid Ibrahim . Ini penjaga gol . Buang padang juga sebab kerap terlepas bola dan teragak-agak ( tergagap ) nak tangkap ke tak tangkap bola. Pemain lain semua dok kutuk dia. Tak boleh kawal pemain lain. Hukuman : Dperintah menjalani semula latihan di akedemi sukan FAM di Kelana Jaya.

4. Shamsul AMK : Ini nampak hebat. Otak tak ada. Tendang boal asyik sipi-sipi dan asyik acah-acah. Kelecek bola asyik berpusing-pusing tempat yang sama. Bola tak pernah ke depan. Lengoh pemain lain menunggu. Badan tak fit. Perut boroi. Habis ke beras aje. Hukuman : Disingkir terus dari bermain di mana-mana pasukan. Tak layak langsung. Pattern pun tak ada sebagai pemain bola.

5. Azmin Ali : Ini kira ok. Tapi dah mula slow sekarang. Ini pun dok asyik acah aje. Selalu guna orang lain. Hanya pandai ambil kesempatan atas hantaran orang lain. Bola sendiri tak ada passing pada orang lain. Hukuman : Direhatkan untuk 3 perlawanan untuk tujuan berfikir.

6.Tian Chua : Terus buang padang dan digantung seumur hidup dari bermain bola kerana selalu komplen pengadil. Selalu baring atas padang dan enggan meneruskan permainan sehingga mengganggu permainan. Tidak boleh menyertai pasukan lain pun. Pasukan lain pun tak mahu. Dia ni kejar pemain cukup hebat . Kejar pemain sampai ke Taiwan. Habok pun tak dapat.

7. Gobala : Ini pun sama. Selalu tendang pengadil dan pemain lawan. Buang padang dan digantung seumur hidup dari bermain bola sepak dan tidak dibenar menyertai mana-mana pasukan lain.

8. Kula : Ini pun tak boleh. Kuat sangat perkauman. Semua pemain bukan sekulit dengannya akan di pentes. Nak orang dia aje yang menyertai pasukan. Jika tidak dia mula bising. Kadang-kadang mogok tak mahu main. Dicadangkan direhatkan di universiti Kemunting lagi 2 tahun untuk berfikir bahawa bola sepak bukan bapa dia punya dan ada peraturan bola yang perlu dipatuhi.

9. Rodziah 375 k. ini pun tak boleh main. Asyik nak jual perlawanan . Buang padang.

10. Saifuddin Nasation : Ini pun suka kejar orang . Kejar sana kejar sini sampai ke Taiwan. habok pun tak dapat. Nampak sibok sangat tapi tendang tak pernah masuk gol. Asyik salahkan pemain lain aje. Cakap bohong pun banyak kali. Hukuman : Dihantar ke Kelana Jaya untuk berehat dan belajar menggunakan otak semasa bermain.

11. latefaa Koyakutte : Ini asyik bantah dan nak berdemo tepi padang sahaja jika pasukannnya kalah. Dia pemain simpanan. Jadi bengkak aje hatinya namanya tak terkenal . Itu yang kerap berdemo bagi tujuan promosi diri. Hukuman : Dikekalkan sebagai pemain simpanan dan lebih layak dijadikan sebagai POM-POM Girl.

12.Dato Fauzi Abd Rahman : Ini pemain sudah dilelong. Tapi tak laku. Kena tendang dan disingkirkan dari pasukan lawan . Panas hati tak terpileh bermain sertai kelab PKR. Sudak expired. : Hukuman : Ditukar fungsi sebagai Pom-pom man ditepi padang dengan Lateffa koyakutee.

13. Chua Jui Meng : Ini pun sama dengan Fauzi. Tak boleh kalah. Tak terpileh maka sertai kelab bola PKR. Sudah expired. Hukuman : Lelong terus atau ditukar peranan sebagai pom-pom man .

14. Zaid Ibrahim : Semua tahu. Amat pandai tentang peraturan bolasepak Malaysia dan dunia. Dicadangkan dilarang bermain tetapi disebabkan bijak tentang peraturan dan undang-undang bola sepak dia ini wajar dilantik sebagai pengerusi tatatertib FIFA atau Asia pun boleh. tapi masalahnya Persekutuan Bola Sepak Asia pun tak terima dia ni. Banyak sangat songehnya.

15.YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandam : Buang padang. Tak layak langsung. Apa kerjanya pun tak apa.

16. Dr. Irene Fernandez : layak untuk pom-pom girl sahaja. Kerana pernah disabit oleh mahkamah kerana memberi dan mengeluarkan kenyataan palsu.

17. Sivarasa Rasiah : Ini cakap aje lebih. Asyik marah pada orang aje. hantaran sendiri macam hampas. Selalu hantar bola melepasi palang gol. Kerap bergaduh dengan Zulkifli. Ketua pasukan beri arahan lain, dia beri arahan lain. Salah tafsir arahan. Itu yang Zul kulim selalu hangat . Hukuman : Buang Padang bersama 4 kad merah dan 4 kad kuning sepanjang 2 tahu bermain. Digantung 4 tahun dari permain. Kalau nak main juga boleh tapi kena pakai kaki ayam sahaja.

18. Zul Kulim . Ok juga. Boleh kira ada otak. Padai memberi arahan dan ada tokoh ketua.

19. Yang lain-lain tu maaf le tak masuk senarai. Semuanya pemain dan pemgikut buta aje. Orang bawa lari bola ke kiri maka dia lari ke kiri. Bola ke kanan dia lari ke kanan. Macam lalat menghurung bangkai aje. Tak layak di nilai untuk dipertimbangkan ke pasukan utama piala MP Permatang Pauh.

20. Wasssalam. Satu salinan lapuran ini dihantar ke Khairy Jamaluddin Timbalan Presiden FAM untuk rekod dan pengesahan semula atau bagi diserap ke pasukan kesayangannya MyTeam. He hehe he he he he................

sumber : Penghuni Gua

Peletakan jawatan Timb. Menteri Pelancongan berkuat kuasa hari ini

KUALA LUMPUR 14 Dis. — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib sebagai Timbalan Menteri Pelancongan atas alasan peribadi berkuatkuasa hari ini.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah beliau berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga pengerusi Barisan Nasional Negeri.

"Walaupun demikian, YB Datuk Seri Sulaiman, akan terus kekal sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Datuk Seri Sulaiman atas segala jasa dan sumbangan beliau. Saya juga berharap beliau akan terus memberi sumbangan menerusi kedudukan beliau sebagai wakil rakyat Barisan Nasional,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini. - Bernama

PM puas hati pencapaian NKRA


Najib Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin, Datuk Idris Jala (kanan) dan Tan Sri Koh Tsu Koon (belakang) selepas mengadakan sidang akhbar mesyuarat Program Transformasi Kerajaan di Hotel Mandrin Oriental, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Datuk Seri Najib Tun Razak berpuas hati dengan pembentangan oleh menteri yang terlibat dalam menjayakan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) seperti yang dihasratkan kerajaan.

Menurut Perdana Menteri, bengkel yang diadakan hari ini menyaksikan komitmen tinggi anggota Kabinet dalam mencapai agenda tersebut yang merupakan program transformasi kerajaan berasaskan pendekatan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Katanya, sesetengah daripada cadangan yang dibentangkan telah bermula pelaksanaannya kerana ada sasaran yang ditetapkan dalam tempoh setahun manakala penghujung sasaran adalah pada 2012.

“Saya juga mahu nyatakan bahawa program transformasi kerajaan melalui pendekatan NKRA ini boleh dikatakan mencatat sejarah kerana ia adalah kali pertama sebuah kerajaan melakukan usaha ini secara menyeluruh lagi komprehensif.

“Kedua, kita sanggup mendedahkan kepada pengetahuan orang ramai untuk menilai pencapaian yang dilakukan kerajaan (dalam mencapai enam NKRA itu),” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Program Transformasi Kerajaan di sini hari ini.

Julai lalu, Najib mengumumkan NKRA yang menjadi sasaran kerajaan iaitu mencegah jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam.

Bagi tujuan itu enam menteri peneraju dilantik iaitu bagi NKRA meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Sementara itu, Najib berkata, banyak usaha yang telah dilakukan termasuk di makmal oleh anggota Kabinet dan pegawai kerajaan sejak berbulan lamanya dan kerja-kerja yang dijalankan adalah cukup terperinci seperti mengenal pasti keperluan setiap kampung di seluruh negara.

Katanya, bukan itu sahaja, prestasi 10,000 buah sekolah di seluruh negara merangkumi 7,000 buah sekolah rendah dan 3,000 buah sekolah menengah juga turut dikenal pasti.

“Begitu juga dengan bidang lain seperti menaikkan pendapatan golongan berpendapatan rendah yang juga telah dikenal pasti di mana hampir 44,000 isi rumah di seluruh negara boleh dipertimbangkan bantuan melalui program ini.

“Ini termasuk usaha memerangi rasuah yang kita telah dikenal pasti apa yang patut dilakukan, mengurangkan kadar jenayah dan juga memperbaiki pengangkutan awam,” jelasnya.

Menurut Najib, pembentangan pada bengkel hari ini hanyalah melibatkan perkara yang berkaitan dengan enam NKRA sahaja dan penilaian kepada kementerian lain akan dilakukan secara berasingan.

Kata beliau, umumnya pembentangan oleh menteri-menteri yang terlibat adalah memuaskan tetapi pada masa sama tentu sekali dalam mana-mana kerajaan pun akan ada ruang untuk menteri-menteri berkaitan terus memperbaiki prestasi.

“Untuk kementerian lain, saya akan lakukan penilaian secara berasingan dan proses itu sedang berjalan dengan ada 10 orang lagi menteri yang saya perlu berjumpa dan dengar taklimat mereka.

“Saya juga berharap setengah daripada usaha kita jangan dianggap sebagai muktamad. Ini satu proses, satu perjalanan dan rakyat dijemput untuk memberi cadangan balas dan pandangan mereka,” ujarnya

Saturday, December 12, 2009

Guru sandaran mahu kepastian

Berita Harian

SAYA adalah guru sandaran tidak terlatih yang berkhidmat dengan Kementerian Pelajaran. Kami diberi kontrak setahun dan disambung jika diperlukan. Mulai tahun ini sesiapa yang ingin kontrak disambung dan pemohon baru perlu melalui proses temu duga dikendalikan Jabatan Pelajaran Negeri.

Ramai antara kami beralih ke bidang lain walaupun meminati bidang perguruan kerana status jawatan tidak menentu.

Apakah kementerian akan menawarkan kursus kepada kami agar dapat diserapkan sebagai guru tetap bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di sekolah?

MOGESWARRA

Friday, December 11, 2009

UMNO tidak perlu bimbang menghadapi cabaran PAS pada PRU13 akan datang

PARTI (JUMLAH KERUSI)
KERAJAANPEMBANGKANG
UMNO
78
PKR30
MCA
15
DAP28
PBB
14
PAS23
SUPP
6
BEBAS3
PRS
6
PSM1
UPKO
4
SPDP
4
MIC
3
PBS
3
GERAKAN
2
LDP
1
PBRS
1
JUMLAH
137
JUMLAH85

BN masih kukuh dengan 137 kerusi berbanding dengan 82 kerusi parti pembangkang. Apa yang berlaku pada PRU12 yang lepas tidak mungkin berlaku sekali lagi pada PRU13 yang akan datang.

Pembangkang memenangi banyak kerusi pada PRU12 yang lepas kerana adanya berbagai masalah kecil dalam UMNO yang berkaitan dengan bekas PM dan menantu nya. Perkara itu sudah selesai. UMNO sudah kembali bersatu menyokong penuh PM yang baru. Kini UMNO sudah berada dalam landasannya.

Kemenangan banyak kerusi dipihak pembangkang terutamanya PAS dan PKR cuma dari undi protest dari ahli UMNO yang kecewan dengan PM yang lama.

Pada ketika itu juga DAP telah mengambil kesempatan untuk meraih undi dari kaum melayu yang menyokong PAS dan PKR. Mereka berkerjasama untuk membantu satu sama lain. Malangnya yang lebih dapat untung ialah DAP.

DAP berjaya menawan P Pinang dengan bantuan PAS dan PKR, malangnya PAS dianjing kurapkan oleh DAP di P Pinang.

Di negeri Perak, walaupun MB nya dari PAS, yang lebih berkuasa ialah DAP yang mempunyai 9 EXCO dalam pentadbiran negeri Perak berbanding satu sahaja dari PAS. Sebenarnya bilangan EXCO ini lah yang menentukan caramana pemerintahan itu dijalankan.

Rakyat negeri Perak bernasib baik, negeri Perak terselamat dari pemerintahan DAP kerana dua ADUN PKR dan seorang ADUN DAP melompat keluar jadi wakil bebas yang menyokong kerajaan BN.

Sekarang rakyat keturunan melayu/islam sudah sedar dan insaf, mereka sudah faham akan tindak-tanduk dan niat jahat DAP terhadap melayu/islam. Rakyat juga sudah sedar bahawa menyokong PAS atau PKR sama juga dengan menyokong DAP.

Menentang PAS atau PKR samajuga menentang DAP.

PAS Anjing DAP yang setia




DAP pertikai hak keistemewaan orang melayu, PAS kata ok.

DAP pertikai kerajaan BN banyak bina masjid, PAS diam.

DAP jual tanah wakaf di Pulau Pinang, PAS diam.

DAP suruh Azan di perlahankan, PAS senyap.

DAP tak bagi bantuan untuk sekolah agama di pulau pinang, PAS tak kata apa.

DAP gunakan PAS untuk minta kerajaan BN hapuskan BTN, PAS kata "Hamba yang menurut perintah tuan"

DAP suruh PAS baring atas jalan (kes perak) PAS ikut.

DAP suruh PAS maki sultan. PAS buat.

DAP suruh baca ayat quran yang tak wujud, PAS kata "tak ayat quran tu wujud" (surah aura)

DAP minta duit zakat di beri kepada orang kafir, PAS kata "ok"

DAP nak hapuskan kesultanan melayu, PAS kata "buat lah"

PAS anjing DAP yang setia.

Tuesday, December 8, 2009

Kerjaan Tidak Mansuhkan AP Gula

KUALA LUMPUR: Pemansuhan permit import (AP) gula dan beras akan mengakibatkan harga barangan pengguna itu terdedah kepada spekulasi dan fenomena turun naik harga di pasaran antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan, berkata sehubungan itu, kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pemberian AP bagi barangan keperluan berkenaan pada masa ini. "Bagaimanapun, kerajaan akan terus memantau dan bersedia mengkaji dasar dan pelaksanaan sistem sedia ada sekiranya ia mampu memberi lebih manfaat kepada rakyat untuk jangka masa panjang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kassim (BN-Arau).

Sagan berkata kerajaan bertanggungjawab memastikan harga barangan pengguna seperti gula, beras dan tepung sentiasa berada pada paras yang munasabah dan tidak membebankan pengguna. "Sistem pengimportan barangan keperluan pada masa ini tidak boleh dilihat sebagai monopoli untuk menguntungkan pihak-pihak tertentu semata-mata kerana kerajaan mempunyai mekanisme untuk campur tangan jika terdapat unsur penindasan terhadap pengguna. "Polisi semasa sebenarnya bertujuan memastikan kerajaan mempunyai kawalan terhadap bekalan dan harga barangan berkenaan, selain menggalakkan aktiviti menapis gula mentah yang mempunyai nilai tambah," katanya.

Sagan berkata pada masa ini, AP untuk mengimport gula mentah hanya dikeluarkan kepada empat syarikat pengilang yang menjalankan aktiviti menapis gula mentah. "Bagi memastikan bekalan gula mentah dapat diperoleh dengan harga yang rendah, syarikat ini telah menandatangani Kontrak Jangka Panjang (LTC) daripada pembekal-pembekal gula mentah di luar negara," katanya. Beliau berkata pada masa ini, penggunaan kapasiti bagi syarikat terbabit adalah sekitar 60 hingga 65 peratus setahun daripada ketidak upayaan sebenar. Katanya, jika pengimportan dibuka, ia akan menjejaskan pencapaian kapasiti pengeluaran syarikat-syarikat tempatan.

"Harga gula di Malaysia adalah amat rendah jika dibandingkan dengan harga gula di negara-negara lain, khususnya jika dibandingkan dengan harga gula di negara jiran. "Sekiranya pengimportan gula tidak dikawal oleh kerajaan, adalah dikhuatiri bahawa pengimport tidak akan mengimport gula ketika harga tinggi di pasaran antarabangsa," katanya. Beliau berkata kekurangan dan ketidak tentuan bekalan gula di pasaran tempatan akan memberi masalah kepada sektor industri pemprosesan makanan, pengusaha restoran dan kedai makan serta membebankan rakyat sebagai pengguna akhir. - Bernama

Ia satu langkah yang bijak bagi mempastikan rakyat hidup dengan mendapat bekalan gula dan beras yang cukup untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia.